top of page
Search

Jazlin Nasuha Ingin Menjadi Contoh Terbaik Untuk Anaknya

  • starcreatorsplt
  • May 20, 2024
  • 3 min read

Seorang ibu, pencipta kandungan dan pekerja sepenuh masa, Jazlin Nasuha terus mencari rentak untuk capai impiannya.


Jazlin Nasuha Jamil, atau lebih dikenali sebagai Jazlin Nasuha, adalah seorang ibu yang bekerja serta pencipta konten yang memiliki lebih daripada 8,100 pengikut di Instagram


Walaupun tampak ayu, beliau sangat mesra, bahkan sikap gila-gila Jazlin membuatkan orang rasa senang dengan kehadirannya. 


Artikel ini akan meneroka kisah Jazlin secara peribadi. 


Bermula daripada bagaimana dia menguruskan kehidupan sebagai ibu, pencipta konten, dan tetap rasa senang dengan kehidupannya! 


Video Source: @jazlinnasuha Tiktok


1. Macam mana boleh berkecimpung dalam dunia influencer atau content creation ni? Boleh ceritakan sikit tentang perjalanan Jazlin?


Semuanya bermula ketika saya mengandung. Pada masa itu, salah satu jenama bayi menghubungi saya untuk bekerjasama, dan daripada situ, saya mula cipta kandungan, berkongsi tentang apa yang saya suka.


Disebabkan ketika itu saya sedang mengandung, saya berkongsi tentang kesusahan dan pengalaman sebagai ibu untuk kali pertama. Sepanjang perkongsian itu, saya dapat berjumpa dengan ibu bapa yang lain serta kumpulan sokongan yang lain.


2. Jazlin, juggling peranan sebagai ibu, model, kerjaya sepenuh masa, dan content creator nampaknya sangat mencabar! Boleh cerita sikit rutin harian Jazlin untuk manage semua benda ni dengan berkesan?


Saya bekerja sepenuh masa, dan masa lapang saya untuk buat konten adalah ketika anak sudah tidur atau ketika suami saya membawa anak bermain di taman.


Waktu untuk diri sendiri (dikenali sebagai "me time") biasanya bukan untuk berehat, tetapi untuk menghasilkan kandungan dan menyelesaikan kerja yang perlu dilakukan.


Waktu untuk diri sendiri (dikenali sebagai "me time") biasanya bukan untuk berehat buat Jazlin.


3. Apa yang mendorong Jazlin untuk aktif sebagai content creator di samping tanggungjawab lain yang dimiliki?


100% atas dasar minat! Jazlin memang suka shoot konten dan kongsi dengan media sosial sendiri. Sekarang ni macam perasan banyak share pasal local brand, lagi-lagi daripada segi fesyen. 


Lagi satu, sebab macam terinspirasi daripada pencipta kandungan lain, mereka buat saya rasa teringin nak join the fun!


4. Menjadi model pastinya memerlukan disiplin yang tinggi. Bagaimanakah Jazlin  menjaga kesihatan dan kecergasan walaupun sibuk?


Dari segi pemodelan, saya bukan jenis yang profesional. Saya banyak belajar dengan memerhatikan apa yang dilakukan oleh orang lain dan melakukan banyak percubaan dan kesilapan.


Berkaitan dengan kesihatan, suami saya adalah orang yang banyak membantu dan memberi sokongan. 


Ketika saya perlu bekerja di luar, suami saya akan membantu menjaga anak. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat supportive!


Saya sangat bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat supportive!


5. Sebagai seorang ibu, apakah cabaran terbesar yang pernah Jazlin hadapi dalam menyeimbangkan kerjaya dan keluarga?


Cabaran terbesar adalah pembahagian masa. Saya perlu mencari keseimbangan antara kerja, menjaga anak, dan mengejar hobi, yang bagi saya, mencipta kandungan adalah cabaran terbesar saya setakat ini.


6. Adakah Jazlin mempunyai tip untuk mama-mama lain yang ingin mengejar impian mereka walaupun sibuk menjaga anak?


Jangan pernah kehilangan diri, lakukan apa yang membuat korang gembira walaupun ianya perkara yang kecil. 


Ambil masa dan utamakan diri anda sendiri.


Jazlin menggayakan kasut tinggi jenama lokal, machino untuk kempen Si Gadis – Blooming at Raya!


7. Selain bidang yang diceburi sekarang, adakah bidang lain yang Jazlin berminat untuk terokai pada masa hadapan?


Kebanyakannya sekarang saya ingin memberi tumpuan untuk belajar lebih banyak kemahiran baru.


Waktu saya belajar dulu saya ambil kursus perniagaan tetapi saya ingin mempelajari lebih dalam bidang pemasaran, sebab saya tengah mencari cara bagaimana saya boleh memberi impak yang lebih baik kepada dunia sebagai ibu baru.


8. Adakah ada projek menarik yang sedang Jazlin rancang atau sedang jalankan sebagai model, content creator, atau mungkin melibatkan peranan sebagai ibu? 


Tiada lagi sebarang perancangan lain buat masa sekarang, hopefully soon!


9. Apa nasihat yang ingin Jazlin berikan kepada wanita lain yang bercita-cita untuk menjadi seorang ibu yang hebat, model yang berjaya, dan professional dalam bidang masing-masing? 


GO FOR IT! Apa yang korang rancang, boleh mulakan perlahan-lahan. Walaupun orang lain tidak percaya pada kelebihan korang, kita sendiri harus percaya pada diri sendiri. 


Kadang-kadang kita mungkin akan rasa ketinggalan, kalau bagi saya dari segi beauty standard di Malaysia, tetapi jangan risau, teruskan!


Sebagai seorang model, Jazlin banyak belajar dengan memerhatikan apa yang dilakukan oleh orang lain dan melakukan banyak percubaan dan kesilapan.


10. Apakah pencapaian terbesar Jazlin dalam hidup sebagai seorang content creator?


Bagi saya secara peribadi, pencapaian terbesar saya adalah apabila sebuah jenama percaya bahawa saya mampu membawa nama mereka.


Dan bila tengok balik apa yang saya dah capai, saya sangat bersyukur dengan semua peluang yang datang!


11. Apa harapan dan matlamat Jazlin untuk tahun 2024?


Untuk tahun ni, harap-harap saya dapat mencapai keseimbangan lebih dalam hal kerja dan anak. 


Saya ingin menjadi seorang yang menjadi contoh yang baik bagi anak perempuan saya dan bangga dengan apa yang saya dapat capai. Saya berharap saya dapat membesarkan anak saya dalam suasana di mana dia dalam persekitaran yang selamat dan menjadi seorang yang kuat di masa depan.



 
 
bottom of page