Pink Microphone Banubino Menambat Hati Pengguna TikTok
- starcreatorsplt
- May 6, 2024
- 5 min read
Bebelan Banubino menarik perhatian 67 ribu pengikut di akaun TikTok!

Kalau nampak ada orang pegang mikrofon pink dekat FYP TikTok korang, itulah Banubino!
Bebelannya di media sosial itu menarik perhatian 67 ribu pengikut di akaun TikTok Banubino atau nama sebenarnya, Batrishia Nurin Norazman.
Sudah menjadi Pencipta Kandungan (content creator) sejak 2018, Batrishia terus menerus menyerlah dalam dunia kreatif dengan personalitinya tersendiri!
1. Ada cerita ke disebalik nama samaran Banubino tu?
Masa sekolah dulu ada trend untuk guna initials untuk letak atas buku tapi BNBN tak comel (macam berbau politik sikit, HAHA).
Jadi, Banubino adalah gabungan dua huruf daripada nama penuh saya, dan nama samaran ni digunakan sejak dahulu lagi!
2. Orang mungkin tidak tahu, tetapi you pernah belajar dekat Universiti Semyung, South Korea di bawah program pertukaran UniKL. Boleh kongsikan pengalaman manis dan pahit sepanjang belajar di sana?
Memang best sepanjang belajar dekat sana! Tetapi ada juga cabaran yang I lalui terutama sekali bila kita tinggal dekat negara yang berbeza sekali dari Malaysia.
Antaranya adalah kekangan bahasa, sebab masa tu saya ditempatkan dia area Jaecheon yang merupakan bandar kecil kalau nak dibandingkan dengan Seoul .
Kalau dekat Malaysia macam kampung area lah, jadi penduduk dekat area situ tak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Walaupun guna aplikasi terjemahan, masih agak sukar untuk berkomunikasi masa tu.
Nonetheless, I had so much fun there.

Sedikit Fun Fact! Banubino pernah belajar dekat Universiti Semyung, South Korea di bawah program pertukaran UniKL.
3. Ingat lagi tak video mana yang masuk FYP TikTok, kiranya permulaan Banubino dikenali di aplikasi TikTok?
Video pertama saya yang sampai ke FYP ni sebenarnya ikut trend yang start happy pastu sad ending tu.
Jadi saya buat video pasal 16 kucing saya yang mati serentak. Video tu mengandungi dark humor tapi terkejut tau, sebab capai sampai 465k views.
9 hari lepas tu, video seterusnya yang sampai FYP—bila saya cerita tentang macam mana saya jumpa kucing bawah kereta saya, tu pun reached 500k views.
Bila dua-dua video ni hit FYP, saya terus sedar yang orang sebenarnya suka dengar saya bercakap atau membebel.
4. Macam mana boleh berkecimpung dalam dunia influencer atau content creation ni? Boleh ceritakan sikit tentang perjalanan you tak?
It was never an overnight success story.
Masa sekolah menengah lagi, saya teringin nak jadi YouTuber tapi editing part tu makan masa banyak and since saya sekolah asrama, tak sempat nak buat. Tapi masa belajar dekat universiti, saya start buat vlog pendek, tangkap momen gembira bersama kawan-kawan.
Lepas tu, masa tahun 2017, saya macam nak cuba benda lain! Saya masuk uji bakat Etude House Malaysia ‘Sweet Generation’ tapi yang pertama kali ni tak berjaya. Tahun lagi satu, saya cuba lagi sekali dan akhirnya dapat jadi sebahagian daripada calon akhir Sweet Generation 2 yang merupakan K-Beauty Content Creator Group!
Masa tu banyak konten yang saya lakukan and ianya berterusan selepas kontrak habis and here I am now. I owe it to Etude House Malaysia for giving me the courage to start.

“I owe it to Etude House Malaysia for giving me the courage to start,” kata Banubino.
5. Kenapa Batrishia pilih platform Tiktok untuk berkongsi cerita? Adakah ada kisah menarik di sebalik minat bercerita di Tiktok?
Sejujurnya, saya sebenarnya tidak mahu menggunakan TikTok kerana stereotaip orang pada masa itu. Tetapi kemudian kawan baik saya berkata, "Kau sepatutnya kena mula guna TikTok. Aku rasa kau akan berkembang di sana." dan dia betul.
Selepas setahun dekat TikTok, I perasan video-video di mana I membebel or do storytime, memang ramai akan view dan suka mendengar. I pulak memang suka bercakap.
TikTok ni kira tempat yang I boleh bercakap je semua, yang I rasa nak cakap. tanpa ada orang stopping me mid-way of talking, you know?
6. Sebagai seorang pempengaruh, adakah Batrishia nak menggunakan platform untuk memberi inspirasi atau membawa perubahan positif? Atau perkara lain?
Sebenarnya kalau boleh memang I nak gunakan platform ni untuk bagi inspirasi kepada orang lain. Kalau korang ada passion dekat sesuatu benda, buat je!
Takyah peduli apa orang lain kata. Sebab kalau I ikut apa yang orang lain cakap, memang I takkan start TikTok, or buat content.
Memang cringe, betul, tapi cringe tu lah yang akan buat kita lebih berani. And other than that, setuju juga untuk bawa perubahan positif.
The internet is full of rude people, and just plain evil. Jika saya boleh membawa kebaikan, atau memberi nasihat kepada orang lain untuk berbuat baik kepada orang, then that would make me very happy.
7. Storytime is one of the series yang you suka buat dekat TikTok, how do you get ready before starting shooting? Do you have any scripts? Your confidence is on another level!
I don’t have any script,—memang terus cakap je ape ada dalam otak. Kadang-kadang idea tu tiba-tiba ada dalam kepala, so masa nak setup camera, I macam buat mental note about the keypoints yang I nak cakap dalam video, and then once I press record, terus je cakap semua benda.
It works for me sebab bila buat macam tu, dia rasa lebih genuine and macam tengah berborak dengan orang, which I like.
8. Selain bercerita, adakah Batrishia mempunyai bakat atau kebolehan lain yang tak ramai followers tahu?
I actually hebat main badminton (sebab pernah wakil daerah masa sekolah menengah dulu) and hebat main ping-pong (wakil Universiti).
Dan I sebenarnya belajar studio animation masa dekat Universiti tapi sebab dah lama tak practice, I’m a bit rusty on drawing and animation now.
9. Sebagai Junior Marketing untuk Chuck’s, can you share few tips on how to land a dream job of their own? Boleh tak juga kongsi satu contoh cerita menarik yang berkaitan dengan pekerjaan?
Untuk dapatkan dream job, you can either be SUPER lucky or work hard to get it. Bagi I, it’s a mix of those two things!
I pernah bekerjsama dengan Chuck’s as a content creator before dan mereka noticed me sebab I dah lama menjadi peminat jenama mereka.
Timing come at the right time! Sebab masa tu I fikir nak berhenti dari kerja lama (sebab rasa tak berkembang lagi dalam syarikat tu), tetiba Chuck's buat 'Hiring' post kat Instagram.
Lepas nampak tu saya terus memohon. Walaupun saya tak ada latar belakang dalam bidang pemasaran tapi saya memang bersedia untuk belajar.

Banubino kini bekerja sebagai Junior Marketing untuk Chuck’s!
10. Pernahkah Batrishia terfikir untuk guna platform lain untuk bercerita selain Tiktok? Mungkin Youtube atau podcast?
YOUTUBE! That’s the DREAM! Sebab memang dulu masa kecil sentiasa tengok Youtubers macam NigaHiga, KevJumba, Smosh masa muda dan fikir macam: “Wow making YouTube videos is definitely what I want to do.”
Kalau nak dibandingkan dengan TikTok, platform YouTube tu adalah lebih terkenal dan durasi video yang dimuat turun lebih panjang. Thus, the effort to create a video ambil masa! So buat masa sekarang ni I’m still in the planning stages first untuk focus on YouTube.
11. Selain bercerita, adakah Batrishia ada impian lain yang sedang Batrishia usahakan untuk capai dalam bidang pemasaran atau bidang kreatif yang lain?
I think semua orang (mungkin) pernah ada rasa nak start business sendiri.
Untuk I, memang kalau boleh, I nak buat business sendiri. Itu pun dalam planning juga, so stay tuned!
12. Apakah nasihat yang Batrishia hendak berikan kepada mereka yang ingin mengikut jejak langkah anda?
Just do it. Yes, mungkin at the start it’s gonna feel so cringe, so awkward, rasa demotivated sebab views tak banyak, but trust me, hardwork always pays off even if it’s a slow process.
Small steps are steps nonetheless. And I firsthand sendiri rasa macam slow gila views tapi lambat laun followers I naik.
Bila tengok balik daripada bila I mula, younger me would be so happy to where I am now, Alhamdulillah. So if you want to do it, just do it. Don’t listen to others and follow your dreams.
13. Apakah pencapaian terbesar Batrishia dalam hidup sebagai seorang content creator?
Bagi saya, setiap pencapaian adalah besar, bukan sahaja saya dapat melakukan sesuatu yang saya suka, tetapi saya juga dapat bekerja dengan jenama-jenama yang saya adore, terutamanya jenama tempatan.
Saya love setiap perkara yang saya lakukan sekarang, dan saya bersyukut dengan setiap rezeki yang saya perolehi, Alhamdulillah.
14. Apa harapan dan matlamat Batrishia untuk tahun 2024?
Untuk berkembang sebagai pencipta kandungan, bekerjasama dengan jenama-jenama besar dan akhirnya memulakan kerjaya YouTube saya.

Tahun ini, Banubino ingin fokus buat YouTube video!