top of page
Search

Raih Lebih 10K Melalui Affiliate, Nurin Natasha Tidak Lekok Berkongsi Ilmu

  • Writer: Aames Ng
    Aames Ng
  • Mar 1, 2024
  • 2 min read

Dunia dah moden.


Jadi terdapat pelbagai cara untuk mencari rezeki, terutamanya dengan hanya menggunakan telefon bimbit di tangan.


Dalam satu temu bual eksklusif dengan Star Creators, Nurin Natasha Ismail (dikenali sebagai @Nurintashaa di X (Twitter)) berkongsi pengalaman, perjalanan hidup, dan nasihat berharga kepada bakal pencipta kandungan yang ingin mengejar impian mereka melalui affiliate marketing.




Secara ringkasnya, affiliate marketing adalah tindakan mempromosikan dan menjual produk daripada syarikat lain untuk mendapatkan komisen.


Anda tidak perlu menyimpan stok produk, sebaliknya, fokus pada pembuatan kandungan yang boleh menghasilkan pendapatan.


"Saya mula terlibat dalam affiliate marketing pada tahun 2020, ketika tempoh PKP. Pada masa itu, ramai telah memulakan langkah mereka sebagai Shopee Ambassador, dan kerana saya sering membeli barang-barang di Shopee, saya berasa seronok untuk berkongsi tentang barang-barang tersebut kepada semua orang," kata Nurin.




Dengan usaha yang konsisten, dia mula menarik peminat yang ramai ke akaun media sosialnya, X (Twitter), yang kini mempunyai 39,000 pengikut.


"Saya memilih Twitter sebagai platform utama saya kerana saya gemar menulis dan merasa lebih baik menyuarakan perasaan, idea, dan pemikiran saya melalui penulisan berbanding membuat video," jelas Nurin.


Sebelum menjadi pencipta kandungan, Nurin bermula dalam bidang perniagaan dengan menjual barangan yang digemarinya iaitu aksesori sejak tahun 2018.


Kemudian, pada tahun 2020, Nurin meneruskan minatnya dalam perkhidmatan Personal Shopper yang menjual lilin bernilai RM18 daripada Typo.


Rezeki tidak salah alamat, usaha affiliate marketing “Rin” pada tahun yang sama membuahkan hasil dan kini beliau berkongsi pengetahuannya agar lebih ramai orang dapat mencari pendapatan sampingan melalui affiliate marketing.




Selain daripada tips yang diberikan dalam tweet di bawah, Nurin juga berkongsi tips tambahan khas untuk pembaca Star Creators!




  • Sentiasa bersedia untuk belajar dan mencuba serta menerima kesilapan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Jika kita tidak cuba, kita tidak akan tahu. Oleh itu, beranikan diri untuk mencuba semua perkara yang terlintas di dalam fikiran anda. Jangan takut.

  • Mulakan dengan apa yang anda lakukan dengan baik. Terangkan tentang produk atau perkara tertentu yang anda benar-benar mahir. Pastikan anda memahami dengan baik apa yang anda ingin promosikan sebelum berkongsi dengan orang lain.

  • Buat orang menyukai kandungan anda kerana ia adalah hasil ciptaan anda sendiri. Anda boleh mendengar nasihat dari orang lain, tetapi sentiasa lakukan dengan gaya anda sendiri.

  • Konsistensi adalah kunci kejayaan! Untuk mencapai kejayaan, kita perlu konsisten dan mempromosikan setiap hari.

"Untuk mencapai hasil melalui affiliate, ia memerlukan masa dan usaha. Kejayaan seperti ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dalam sekelip mata. Kami semua bermula daripada sifar," ujarnya, yang kini berusia 27 tahun.


Tahun baru, azam baru, Nurin berharap untuk terus belajar dan memperdalam pengetahuannya dalam bidang content creation ini.




"Saya ingin memberi dorongan kepada lebih ramai orang untuk mencari pendapatan sampingan melalui affiliate marketing. Matlamat kedua saya adalah untuk menaikkan akaun TikTok saya, dengan mempelajari cara yang betul dalam menghasilkan kandungan berkualiti.


"Saya juga berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak jenama sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh mereka, terutamanya jenama-jenama tempatan. Mohon doakan saya!"


Semoga Nurin terus berjaya dalam semua usaha dan impian beliau.

 
 
bottom of page