top of page
Search

Trendsetting Turbanista: Meneroka dunia fesyen bersama Thatturbangirl!

  • starcreatorsplt
  • Jun 14, 2024
  • 6 min read

Thatturbangirl tak lekang kongsi petua penggayaan fesyen.


Anisa Rijal atau lebih dikenali sebagai thatturbangirl, adalah seorang pencipta konten fesyen yang mempunyai lebih daripada 7,000 pengikut di akaun TikToknya.


Seorang Pakar Strategi Jenama dan graduan Birmingham University, United Kingdom, Anisa kongsi satu fakta menarik yang menunjukkan minatnya yang mendalam dalam industri fesyen: 


“I masa belajar dekat sana, I selalu buat part-time untuk bayar dan ambil kursus dekat London College of Fashion.”


Dengan ilmu yang ada, perkongsian dan tips Anisa tentang fesyen dalam artikel ini perlu anda terokai lebih mendalam!



1. Macam mana boleh berkecimpung dalam dunia influencer atau content creation ni? Boleh ceritakan sikit tentang perjalanan Anisa?


Jalan cerita ni macam kelakar sikit sebab I ikut kawan I yang part-time model masa tu, dan ada satu jenama streetwear tempatan yang tengah buat photoshoot. 


Masa tu, ada seorang model yang tak dapat datang, jadi founder jenama tu suruh I cuba baju-baju tu dan ikut sekali buat photoshoot. Dan masa tu sebenarnya kali pertama I dapat exposure tentang dunia ni.


Lepas tu, I join competition host event dan selalu update media sosial I tentang modeling.


Dan bila konsisten buat konten, lama-lama ada followers dan itulah permulaan perjalanan I sebagai pencipta konten.


2. Boleh I tahu cerita di sebalik nama gelaran ‘thatturbangirl’?


Masa zaman Universiti dulu, ramai overseas students dekat dalam kelas dan I sorang je Muslim dalam kuliah tu yang pakai turban. 


Rakan sekelas I masa tu selalu panggil “Eyh, turban, turban, that turban girl.”, lepastu nama gelaran tu jadi identiti dan personaliti I sampai sekarang.

“Eyh, turban, turban, that turban girl.”


3. Boleh kongsi tip untuk memilih baju raya yang sesuai mengikut your body type! Which I think it’s curvy?


Dalam kategori size chart, I akan dikategorikan sebagai orang yang kurus, mid-size curvy.


Bagi I, bila pilih baju raya yang sesuai, I akan tengok material. Contoh, kain linen untuk mid-size curvy macam I, akan buat I nampak kembang. Jadi, I akan pilih material satin silky, cotton, cotton mix, asalkan dia akan terletak dengan cantiknya ikut badan I. Tak boleh kembang sangat atau fitted sangat. 


Yang kedua pula, cutting. Sebab I curvy, dekat bawah lagi besar daripada atas, top kurung tradisional I akan pilih atas sikit daripada lutut, antara lutut sampai ke peha tu, panjang dia kena sesuai.


Lagi satu, fashion statement. I suka warna yang bold, corak yang kena dengan jiwa I. Some people look nice with pastel colours tapi not for me, bold colours are my go-to.


Warna selamat bagi I adalah hitam dan putih. I akan pastikan yang warna-warna yang I pilih sesuai dengan kulit I juga. 


Pastikan ingat empat perkara ni—warna, material, cutting dan pattern.


4. Tak semua orang berani bereksperimen dengan fesyen. Boleh bagi tip untuk mereka yang baru nak mula belajar bergaya dan keluar dari comfort zone mereka?


I suka menggayakan pakaian sejak kecil lagi, dan semasa belajar dalam kursus fesyen, I belajar banyak perkara—material dan padankan gaya mengikut jenis badan.


Kalau anda baru pertama kali nak cuba bergaya dan tak tahu macam mana nak mula, anda perlu kenali diri sendiri dulu. Sebab fesyen ini mengekspresikan bagaimana anda mahu dilihat.


Anda kena tahu personaliti anda dan berdasarkan personaliti ini, warna apa yang anda rasa yakin nak pakai dan juga potongan yang anda selesa.


Yang penting, ada tak selebriti atau tokoh fesyen yang anda minat? Kalau ada, buat mood board di Pinterest. Pastikan tokoh yang anda minat itu sama jenis badan dengan anda.


Macam I, Marilyn Monroe adalah tokoh fesyen I. I tengok macam mana dia menggayakan baju serta potongan. Tetapi dari segi corak dan estetik, I lebih cenderung ke arah fesyen old-money. Contohnya macam gaya Princess Diana atau Grace Kelly. I suka gaya yang sopan dan elegan.


Sebab kalau anda melabur dalam pakaian statement yang elegan dan tidak lapuk dek zaman, ia boleh dipakai bila-bila masa.

Gambar daripada @saoi.my


5. Menurut Anisa, apakah kesilapan paling biasa yang orang ramai lakukan ketika mereka cuba bergaya? 


I perasan ramai yang suka ikut trend. Selalunya trend ini ikut bentuk badan individu tu sendiri, dan kebanyakan gaya tak sesuai dengan individu tersebut.


Contohnya, orang yang lebih curvy pakai corak bunga besar dan garis melintang pada baju, perkara ini tak sesuai dan akan buat badan anda nampak lebih besar daripada saiz sebenar.


Jadi, anda kena tahu apa yang sesuai secara peribadi dengan mengikut bentuk badan anda. Perkara ini memerlukan masa dan banyak percubaan dan kesilapan.


6. Pernahkah Anisa terfikir untuk buat koleksi fesyen sendiri atau bekerjasama dengan jenama fesyen untuk menghasilkan capsule collection? If belum lagi, senaraikan brand dan ceritakan sebabnya.


Sebenarnya dulu, I pernah ada jenama shawl sendiri tapi sebab kurang pengalaman, I terpaksa tutup bisnes itu.


Lepas itu, I sedar yang I tak sepatutnya mula dengan bisnes shawl tetapi patut buat blazer. Kalau dapat peluang, I akan cipta blazer dengan material cotton, linen, dan juga trousers, serta high-waisted pants.


Sebab I memang sinonim dengan blazer. I akan pakai blazer everywhere I go!


Tapi kalau dari segi berkolaborasi dengan jenama dan jika diberikan peluang, I nak berkolaborasi dengan Love, Bonito! Sebab I suka statement pieces mereka dan sangat serasi dengan estetik serta penampilan I—timeless pieces dan material yang mereka gunakan, suka sangat!


7. Selain baju, aksesori juga penting untuk melengkapkan gaya. Apakah aksesori 'must-have' yang selalu Anisa gayakan dengan baju?


Perlu ada aksesori! Masa mula-mula, I suka pakai cincin tapi sekarang I suka pakai gelang, rantai, dan pearl.


Gaya minimalistik, emas yang tahan lama, tak terlalu mahal dan akan nampak cantik pada anda. Brand macam Lovisa atau Wanderlust pun okay!


Rantai I selalunya akan digayakan secara layering, anting-anting untuk penggunaan harian, tapi kalau aksesori yang maximalist, I akan pakai bila mengenakan dress. Yang penting, jangan keterlaluan bila pakai aksesori sebab ia akan membuatkan penampilan anda nampak murahan.


8. Sebagai "Your Styling Bestie," apa nasihat yang Anisa ingin berikan kepada sesiapa yang ingin belajar untuk bergaya dengan lebih yakin?


Apa-apa gaya yang anda nak tonjolkan, konfiden kena ada. Tak perlu fikir apa yang orang lain cakap tentang anda.


Kalau anda terlalu memikirkan apa yang orang lain kata, anda akan terperangkap dalam zon selesa dan tak akan bereksperimen dengan gaya pilihan anda.


Fesyen ni lebih kepada personaliti dan siapa anda sebenarnya. Bila anda bergaya, pura-pura konfiden sampai anda betul-betul rasa konfiden!


Lama-kelamaan, pastikan anda belajar tentang material, bereksperimentasi dengan corak, dan tengok mana yang serasi dengan personaliti anda.

“Apa-apa gaya yang anda nak tonjolkan, konfiden kena ada,” kata Anisa.


9. Pernahkah Anisa terfikir untuk buat sesi konsultasi gaya atau mengadakan bengkel berkaitan 'styling' untuk followers?


Sebenarnya, ada orang tanya via DM tentang dua perkara ni. Mungkin satu hari nanti! 


Sekarang ni, I masih lagi dalam fasa membina konten, jadi harapnya suatu hari nanti dapat buat sesi konsultatsi gaya dan bengkel berkaitan styling.


I harap dengan bantuan I, ia akan bantu orang jadi lebih konfiden dan memberi panduan untuk cari inspirasi dalam styling. Mungkin 1 hingga 2 tahun akan datang, kita tengok macam mana.


10. Apakah nasihat yang Anisa hendak berikan kepada mereka yang ingin mengikut jejak langkah anda?


Siapa yang nak mula jadi pencipta konten fesyen, cari niche anda. Sejujurnya, anda akan banyak bereksperimentasi untuk mencari niche diri sendiri.


Contohnya, kalau I mencari tudung, I akan rujuk kepada content creator yang spesifik sebab mereka selalu buat konten yang sama berulang kali.


Dan jangan berputus asa! Bila I tengok video tak banyak view, I akan duduk dan strategikan semula apa yang berkesan untuk I, USP I. Kekuatan I adalah bercakap dan ia berkesan, dan content creator lain akan ikut.


Once anda ada video yang meletup, anda akan dapat teruskan dengan gaya konten yang serupa berulang-kali.


11. Apakah pencapaian terbesar Anisa dalam hidup sebagai seorang content creator? 


Masa I mendalami dunia penciptaan konten, I pernah masuk program TV Flavettes Glowing Star. Setiap empat orang yang terpilih akan dipadankan dengan mentor tersendiri. Masa tu, mentor I ialah Awal Ashaari, dan I mewakili orang dalam bisnes dan korporat.


Sepanjang tempoh itu, I banyak belajar daripada Awal Ashaari untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya dan usahawan fesyen yang hebat.


I juga sangat bersyukur dapat bekerja dengan banyak jenama dan bertemu dengan orang yang passionate dalam industri. Mereka buat konten bukan sebab nak terkenal, tapi sebab betul-betul minat! They’re very uplifting.


12. Apa harapan dan matlamat Anisa untuk tahun 2024?


I ingin terus bereksperimen dengan gaya kontent yang berbeza dan meneroka lagi estetik dalam fesyen. Tahun ini, trend cenderung kepada stail mob wife dan office core.


Office core adalah jenis gaya yang betul-betul menyamai jiwa I juga. Jadi I akan mengkaji trend tersebut dengan lebih mendalam dan menjalin lebih banyak hubungan dengan pencipta konten yang lain, serta bekerjasama dengan jenama fesyen yang I minati.

 Boleh follow Anisa aka @thatturbangirl di TikTok & Instagram!


 
 
bottom of page